
LAHAD DATU: Inisiatif Grand Smile Operation (GSOI) bakal mengubah kehidupan 58 pesakit sumbing atau klef yang akan menjalani pembedahan di bawah program ini untuk membetulkan sumbing bibir dan lelangit.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, tujuan utama inisiatif ini adalah untuk mengatasi peningkatan kes sedia ada.
Inisiatif ini, katanya, juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa rawatan sumbing dan ia boleh dijalankan di Hospital Lahad Datu.
