MSI GS66 Kini Didalam Pangkalan Data SIRIM – Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi?

TechnologyDigital
10 Mar 2020 • 5:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MSI telah mengumumkan beberapa siri komputer riba di acara Consumer Electronics Show di Las Vegas pada bulan Januari yang lalu. Diantara model-model komputer yang diperkenalkan di acara tersebut ialah model terbaru komputer riba gaming nipis dan berkuasa mereka, MSI GS66.

image is not available

 

Nextrift baru-baru ini telah melaporkan bahawa model komputer riba tersebut telah dimasukkan kedalam pangkalan data SIRIM melalui syarikat pembekal peralatan elektronik Ingram Micro Sdn Bhd dan juga VSTECS ASTAR Sdn Bhd.

image is not available

Komputer riba MSI GS66 ini dilengkapi dengan paparan IPS hampir nirbingkai 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula setinggi 300Hz, dikuasakan CPU Intel Core i9 generasi kesepuluh dengan storan SSD sebesar 2TB dan juga kad grafik terbaru oleh NVIDIA.

image is not available

Kemasukan komputer riba MSI GS66 seawal ini ke pangkalan data SIRIM agak menarik kerana dua komponen utama komputer riba ini, iaitu siri CPU Intel siri-H generasi kesepuluh dan juga kad grafik masih belum diumumkan lagi oleh Intel dan NVIDIA.

image is not available

Adakah komputer riba ini akan tiba di pasaran sebelum acara COMPUTEX Taipei yang dijadualkan akan tiba pada penghujung bulan Mei kelak? Sama-sama kita tunggu.