Peruntukan untuk pertubuhan belia diselaraskan bukan dipotong

13 Nov 2019 • 12:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Peruntukan bagi pertubuhan belia tidak dipotong tetapi telah diselaraskan semula bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada pelaksanaan program dan bukan hanya tertumpu kepada perbelanjaan pentadbiran sahaja.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kebanyakan persatuan belia pada masa ini mahu memiliki pejabat dan kakitangan sendiri menyebabkan peruntukan tidak mencukupi untuk dibelanjakan bagi pelaksanaan program di peringkat akar umbi.

"Sekarang kita mahu pertubuhan belia itu memfokuskan kepada pelaksanaan program di peringkat akar umbi dan memberikan kertas kerja yang boleh diaudit, supaya kita tahu akhirnya wang itu disalurkan bagi tujuan produktif," katanya pada sesi jawab lisan pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan rasional peruntukan terhadap persatuan belia dipotong dan hala tuju belia yang dirancang oleh kementerian itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kementerian mahu cipta satu sistem insentif untuk pertubuhan belia supaya mereka perlu melibatkan lebih banyak kepimpinan wanita dan anak muda di bawah umur 30 tahun dalam sistem kepimpinan mereka.

"Hala tuju pada tahun depan kita akan berunding dengan setiap satu pertubuhan di peringkat kebangsaan untuk memberikan insentif kepada persatuan yang melantik lebih banyak wanita serta anak muda dalam struktur kepimpinan bawah umur 30 tahun,” katanya. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved