Facebook Dilaporkan Bakal Melancarkan Kriptowang Tersendiri Pada Tahun Hadapan

24 May 2019 • 11:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook telah diperkatakan beberapa kali yang mana bakal hadir dengan kriptowang tersendiri. Terkini, menurut laporan BBC, gergasi laman sosial berkenaan dijangka memperkenalkan kirptowang tersendiri di beberapa buah negara pada tahun hadapan, 2020.

Buat masa ini, ia dikenali secara dalaman dengan nama kod “GlobalCoin”. Facebook dijangka mengujinya sekitar penghujung tahun ini, sebelum melancarkannya pada tahun 2020 kelak.

Ia dikatakan Facebook akan menggunakan kriptowang untuk memudahkan pembuat bayaran – tanpa memerlukan seseorang mempunyai akaun bank. Ini juga akan memudahkan pengguna menghantar wang antara negara, selain memudahkan pembayaran secara mudah-alih.

Pihak Facebook tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan ini buat masa ini. Semestinya pelbagai perkara akan menjadi fokus ramai sekiranya kriptowang Facebook diperkenalkan – termasuk sama ada ia akan terikat dengan mata wang fizikal, atau bergantung kepada nilainya tersendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved