Gobind ucap takziah kepada keluarga Mej Mohd Zahir

4 Sep 2019 • 11:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mej Mohd Zahir Armaya, yang meninggal dunia ketika melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Sabah pagi ini.

“Saya rakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mej Mohd Zahir Armaya, pegawai komando 11 Rejimen Gerak Khas yang maut di Kota Kinabalu, hari ini.

“Allahyarham adalah anak seniman veteran A.R Badul. Saya berdoa agar keluarga Allahyarham akan sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi catatan di laman Twitternya.

Allahyarham Mohd Zahir, 36, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Lok Kawi.

Bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka Allahyarham Mohd Zahir meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi tadi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved