'Maafkan saya rakyat Malaysia' - Syed Saddiq

Politics
1 Mar 2020 • 2:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon maaf kepada rakyat Malaysia melalui laman Twitter beliau hari ini.

Permohonan maaf itu dibuat berikutan beliau mendakwa gagal 'menghentikan' tindakan pihak tertentu, dipercayai mempunyai kaitan dengan isu pelantikan Perdana Menteri kelapan.

"Saya minta maaf kerana gagal. Saya sudah cuba.

"Saya benar-benar sudah cuba menghentikan 'mereka', namun gagal," katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihati belia Malaysia untuk berpegang teguh pada prinsip dan memperjuangkan pegangan mereka.

"Sebagai Pemuda Malaysia, kita mesti berpegang kepada prinsip dan perjuangan kita dalam apa yang kita percayai.

“Apakah maknanya jika kita dikelilingi kuasa tetapi jiwa kita kosong?” tegasnya.

Semalam, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Beliau turut memberi penekanan bahawa integriti dan maruah perlu diutamakan, bukan kepentingan parti.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri kelapan

Dipecat, bangun semula dan kini PM ke-8

Muhyiddin bukanlah PM sebenar, kata Dr Mahathir

Agong enggan jumpa saya lagi - Tun Mahathir

Jangan persoal keputusan Agong lantik Muhyiddin


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved