Tema Gelap Pada Chrome Untuk Android Kelak Boleh Diaktifkan Dengan Lebih Mudah

TechnologyDigital
29 Aug 2019 • 2:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google telah menguji mod tema gelap pada Chrome untuk Android sejak bulan Februari lagi. Mod ini turut akan menggelapkan laman web yang dilayari dan cara pengaktifannya adalah melalui chrome://flags.

image is not available

Mod tema gelap pada Chrome untuk Android masih lagi dalam ujian sehingga hari ini. Terkini, Google telah menguji cara baharu untuk mengaktifkan mod tema gelap. Pengguna kelak hanya perlu pergi ke tetapan > tema > dan pilih mengikut sistem, Light atau Dark.

Fungsi ini berada dalam pelayar web Chromium, yang mana adalah versi yang paling tidak stabil. Iaitu sebelum versi Nightly lagi. Mod tema gelapnya adalah jenis kebiruan dan dan bukan hitam OLED. Kemudian, laman web pula ada digelapkan dengan cara colour invert dan ada yang tidak.

Cuba Chromium Pada Peranti Android Jika Anda Berani