Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Business & Finance
29 Jan 2020 • 10:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan minat sebahagian pelabur beralih kepada mata wang sedang pesat membangun berikutan kebimbangan baharu mengenai keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS yang akan datang dan laporan mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS, kata peniaga.

Pada 9.20 pagi, ringgit berada pada 4.0780/0830 berbanding dolar AS daripada 4.0840/0870 semasa ditutup pada Selasa.

Peniaga berkata, pelabur memantau data yang dijadualkan dikeluarkan esok.

Katanya, prospek asas dolar AS mungkin rendah jika Rizab Persekutuan AS menekankan kecenderungan akomodatif dengan tujuan mengekalkan kadar faedah pada tahun ini.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan naik kepada 3.0049/0091 daripada 3.0052/0076 berbanding dolar Singapura dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7358/7414 daripada 3.7526/7557 pada Selasa.

Mata wang tempatan menokok berbanding euro kepada 4.4940/4999 daripada 4.4985/5035 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3104/3137 daripada 5.3210/3258 sebelum ini. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved