5G tiba di Pulau Pinang dengan 151 tapak 5G tersedia tahun ini, 312 tapak tahun hadapan

Digital
12 Sep 2022 • 11:19 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Penduduk Pulau Pinang kini boleh mula merasai kehebatan rangkaian 5G apabila ia telah tiba di sana. Ketibaan 5G di Pulau Pinang telah dilancarkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow bersama-sama Digital Nasional Berhad (DNB) dan YTL Communications (Yes 5G). Ini menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama tersedia 5G di kawasan Utara Malaysia.

image is not available

Di dalam Fasa 1, terdapat 151 tapak 5G di sebelah pulau, Pulau Pinang. Ia merangkumi 58 menara baru 5G dan 93 lagi dinaik taraf daripada insrastruktur sedia ada. Dalam fasa seterusnya pada 2023, sebanyak 235 tapak di Seberang Perai akan tersedia 5G dan 77 struktur tambahan akan ditambah di kawasan utara pulau.

image is not available

Di dalam peta liputan DNB, rangkaian 5G di Pulau Pinang kini hanya ada di bahagian timur pulau, antaranya di George Town, Jelutong, Gelugor, Bayan Lepas dan Batu Maung. Buat masa ini, rangkaian 5G DNB meliputi 30% kawasan berpopulasi di seluruh negara dan ia mensasarkan untuk mencapai 40% menjelang hujung tahun ini. Sasaran DNB seterusnya adalah mencapai 80% liputan 5G di kawasan berpopulasi pada akhir 2024.

image is not available

Yes 5G merupakan satu-satunya penyedia perkhidmatan 5G di Malaysia buat masa ini. Selain menyediakan pelan pascabayar dan prabayar, Yes 5G juga baru melancarkan pelan Wireless 5G Broadband yang menyediakan data 5G tanpa had dengan kelajuan sehingga 120Mbps, berharga RM148/bulan.

[Sumber: Buletin Mutiara]
[Gambar: Facebook]