Google Memohon Lesen Untuk Teruskan Berurus Dengan Huawei

TechnologyDigital
27 Feb 2020 • 2:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Isu dagang antara Amerika Syarikat dan China adalah sangat serius sehingga ia menjejaskan arena teknologi. Lebih-lebih lagi Huawei, kerana kini kebanyakan peranti Huawei tidak boleh menggunakan GMS atau Google Play Services. Sebaliknya menggunakan HMS, iaitu Huawei Mobile Services. Walau bagaimanapun, kerajaan Amerika Syarikat tidak begitu tegas dalam isu ini. Kerana tahun lepas lesen meneruskan urusniaga antara Microsoft dan Huawei sudah pun dipersetujui. Disebabkan itu komputer-komputer riba baharu Huawei seperti Matebook X Pro, Matebook 13/14 dan siri Matebook D 2020 semua menjalankan Windows 10. Tetapi bagaimana pula dengan Google?

image is not available

Google baru-baru ini dilaporkan telah mula memohon semula lesen untuk berurusniaga dengan Huawei. Jika permohonan lesen ini diluluskan, peranti-peranti baharu Huawei akan kembali menggunakan GMS. Tidak dinafikan agak sukar untuk ramai pengguna Android hidup dengan GMS sepenuhnya, kerana sukar untuk menerima satu perubahan drastik yang serius. Lihat sahaja peranti-peranti Android baharu Huawei; Mate Xs, MatePad Pro atau juga Honor 9X Pro – semuanya hadir dengan HMS secara terus dari kotak. Apa-apa pun, mari kita nantikan sahaja keputusan permohonan lesen ini – jika ia diluluskan peranti seperti Mate Xs akan kembali dengan GMS. Oh ya, jika Huawei kembali menggunakan GMS ada kemungkinan besar peranti-peranti mereka akan dijual pada harga yang lebih mahal.