Teresa harap lebih banyak perniagaan dengan India

13 Feb 2020 • 1:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim menyuarakan harapannya supaya India meningkatkan perniagaan di negara ini, selain perniagaan Malaysia juga melabur di India.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel Reuters baru-baru ini bahawa pengeluar utama gula Malaysia, MSM Malaysia Holding, anak syarikat FGV Holdings Bhd, akan meningkatkan belian gula mentah dari India sebagai usaha untuk meredakan pertikaian dengan India membabitkan import minyak sawit.

“Ya, saya sudah membaca artikel itu. Ia adalah antara anak syarikat FGV Holdings yang mahu membeli lebih banyak gula dari India, saya gembira kerana ada sektor swasta di bawah FGV yang bersedia berbuat demikian.

"Pada lawatan terakhir ke India, saya bertemu dengan menteri perdagangan mereka, aduan utama mereka ialah India membeli minyak sawit dari kita, oleh itu kita juga harus membeli lebih banyak produk mereka, termasuk gula, beras basmati dan banyak lagi," katanya kepada pemberita selepas sambutan Tahun Baharu Cina dan persembahan tarian naga, Majlis Pengurusan Bersama Komuniti Scott Garden (JMC) 2020 di sini hari ini.

Bulan ini India menghentikan import minyak sawit Malaysia, tindakan yang dilihat sebagai tindak balas terhadap kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik dasar New Delhi mengenai Kashmir.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved