6,500 pokok hiasan 'disorok' dalam kontena

1 Aug 2024 • 12:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Norlela (kiri) menunjukkan antara pokok hiasan yang dirampas JKDM di Pelabuhan Utara, Klang, 6 Jun lalu.

image is not available
Antara pokok hiasan yang dirampas JKDM di Pelabuhan Utara, Klang, 6 Jun lalu.

image is not available
Norlela (kiri) menunukkan bungkusan tembakau shisha yang dirampas di Pelabuhan Utara, Klang, 15 Jun lalu.

KLANG - Sebanyak 6,500 pokok hiasan termasuk bonsai bernilai RM325,000 yang diseludup masuk dipercayai dari China dirampas di Pelabuhan Utara di sini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, rampasan dibuat pada 6 Jun lalu oleh sepasukan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Unit II (Selangor) susulan penahanan sebuah kontena.

"Pemeriksaan ke atas kontena menemui 6,500 pokok hidup yang tidak mempunyai permit import dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

"Modus operandi kegiatan itu ialah mengikrar dagangan sebagai 'landscape artificial plants' atau pokok plastik melalui Borang Kastam 1," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kastam Selangor di sini pada Khamis.

Norlela berkata, pihaknya percaya tumbuhan hidup ini untuk pasaran tempatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Dalam kes berasingan, kata Norlela, pihaknya merampas 381 kilogram (kg) tembakau shisha bernilai RM43,832 termasuk duti dan cukai dalam sebuah kontena di Pelabuhan Utara, di sini, 15 Jun lalu.

"Siasatan mendapati pengimportan itu tidak mempunyai permit import," ujarnya.