6 anggota polis ditahan, operasi jual 24,000 ml air ketum terbongkar

9 Jan 2024 • 9:25 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Enam anggota polis telah ditahan selepas operasi menjual air ketum mereka terbongkar dalam serbuan di sebuah kediaman di Jalan Puchong pada 4 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukoer berkata, operasi itu telah dijalankan oleh pasukan dari Cawangan Risikan/Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Pemeriksaan di lokasi telah menemukan empat lelaki, yang merupakan anggota polis berusia antara 24 hingga 38 tahun, bersama daun dan air ketum.

Sebanyak 18 kilogram daun ketum dan air ketum sebanyak 13,500 mililiter (ml) dengan nilai keseluruhan RM420 telah dirampas.

Turut dirampas peralatan untuk memproses daun ketum, lima pasang uniform polis dan wang tunai RM1,200.

Susulan tangkapan itu, dua lagi anggota polis berusia 31 dan 35 tahun di sekitar kawasan IPD Brickfields untuk siasatan lanjut.

Seorang lelaki Melayu berusia 30 tahun juga telah ditangkap di sekitar Jalan Klang Lama, dengan air ketum seberat 10,500 ml.

Kesemua bekalan air ketum yang dirampas itu dianggar dapat membekalkan kepada 180 pengguna.

Kesemua suspek ditahan reman selma tiga hari di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. Empat anggota polis terbabit akan dikenakan tindakan tahan kerja.