
BELURAN: Seorang lelaki berusia 40 tahun tersepit di dalam sebuah kereta Proton Saga manakala tiga kanak-kanak berusia 11, sembilan dan lapan tahun cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan Perodua Viva di Simpang Muanad 3, di sini, Isnin.
Seorang wanita dan lelaki berusia 40 dan 44 tahun yang menaiki Viva turut cedera.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.10 petang.
Beliau berkata enam anggota BBP Beluran dikejarkan ke lokasi sejauh 5km dari balai itu bagi membantu mangsa. Ia diketuai oleh Komander Operasi, John Francis Andam dan Edoen sebagai Komander Operasi Kanan.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Turut membantu ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Edoen berkata, mangsa yang tersepit dalam Proton Saga berjaya diselamatkan oleh bomba dan kemudian dihantar ke Hospital Beluran menggunakan Ambulans APM untuk rawatan lanjut.
Mangsa lain turut menerima rawatan di hospital.
Operasi tamat pada jam 1.49 petang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
