Pilihan Menu Asli Malaysia sempena Visit Malaysia 2026
6 Hidangan Signature Wajib Cuba di Bufet Sine San Berambeh Sheraton Kuching 2026. Bagi peminat kulinari di Kuching, ada sesuatu yang istimewa sedang menanti anda di Jalan Padungan. Hotel mewah bertaraf 5-bintang, Sheraton Kuching baru-baru ini telah memperkenalkan pratonton eksklusif untuk bufet makan malam terbaharu mereka, “Sine San Berambeh”, yang membawakan tema Taste of Truly Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026).
Baru-baru ini, kami sempat menjengah ke Nomadic Restaurant untuk melihat sendiri apa yang ditawarkan dalam bufet “Sine San Berambeh” bertemakan Taste of Truly Malaysia ini. Sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam restoran ini, atmosfera yang kami rasakan serta merta membawa kami kembali ke ruangan tradisional kampung dengan sentuhan mewah hotel.

Jiwa Di Sebalik Nama Sine San Berambeh
Dalam dialek Melayu Sarawak, “Berambeh” membawa maksud semangat berkumpul dan berhubungan semula sebagai sebuah komuniti. Manakala “Sine San” pula merupakan pelawaan mesra yang bermaksud “di sini” atau jemputan untuk bersama-sama.
Gabungan perkataan ini mencerminkan falsafah Sheraton sebagai tempat di mana dunia bertemu, namun kali ini ia diberikan sentuhan lokal yang cukup akrab dengan jiwa anak Sarawak.
Checklist: 6 Hidangan Wajib Cuba
Berdasarkan pengalaman kami, ini adalah senarai hidangan yang mesti anda cuba untuk rasa yang autentik, mengimbau kenangan dan kualiti yang memuaskan.
- Whole Lamb Carving: Kambing panggang yang dimasak sempurna, dagingnya lembut dan juicy.
- Sup Gear Box: Kuahnya penuh dengan rasa rempah-ratus yang memberikan kehangatan dalam setiap hirupan. Saiz gear box sebesar lengan, dengan tulang sum sum yang berlemak dan daging dimasak hingga empuk dan lerai, memastikan tekstur yang melt-in-your-mouth.
- Musang King Durian Cendol: Ini adalah ‘bintang’ utama bagi peminat pencuci mulut—kombinasi cendol lemak manis dengan raja buah.
- Sup Terung Asam dengan Ikan Lumek Salai: Hidangan unik yang hanya terdapat di rumah dan jamuan keluarga di rumah di Sarawak, kehadiran menu ini sememangnya sesuatu yang segar dalam pilihan menu di hotel mewah seperti Sheraton Kuching. Sesuai untuk first-timer yang ingin mengenali rasa rare Sarawak.
- Serawa Durian, Pengat Pisang dan Tapai: Serawa durian yang hangat dan pekat, serasa seperti menikmati kemanisan durian air tangan nenda di kampung. Pengat pisang yang menggunakan pisang masak ranum, sagu yang dimasak sempurna dan kemanisan gula melaka yang cukup ‘umph’ sehingga mampu menggamit kenangan.
- Aneka Sambal Tradisional: Pilihan 6 sambal yang berbeza untuk dimakan bersama aneka jenis ulam-ulaman, termasuk tempoyak kosong.


Tips dan Cadangan Untuk Pengalaman Maksimum
Untuk memastikan makan malam anda di Sheraton Kuching menjadi satu memori yang indah, berikut adalah beberapa “insider tips” yang boleh anda pertimbangkan:
- Pilih ‘Spot’ Terbaik di Nomadic Restaurant: Restoran ini terletak di lokasi yang strategik dengan rekaan yang elegan. Jika anda datang untuk sambutan istimewa, cuba minta meja yang memberikan sudut pandangan menarik ke arah bandar Kuching untuk menaikkan lagi mood makan malam anda.
- Hayati Semangat “Berambeh”: Sesuai dengan namanya yang bermaksud berkumpul dan menyambung semula hubungan dalam dialek Sarawak, bufet ini memang direka untuk dinikmati bersama. Bawalah keluarga besar atau rakan sekerja untuk merasai sendiri suasana komuniti yang hangat.
- Rancang Lebih Awal & Jimat: Siapa yang tidak suka tawaran menarik? Anda boleh menikmati harga Early Bird pada RM218 nett seorang (berbanding harga asal RM268 nett) jika anda membuat tempahan sebelum 15 Februari 2026.
- Tempah ‘Staycation’ Singkat: Memandangkan terdapat pelbagai hidangan berat yang memikat selera—daripada Gear Box Soup hingga ke Musang King Durian Cendol—apa kata anda jadikan ia satu pengalaman penuh? Manfaatkan Promosi Bilik Khas dengan diskaun sehingga 25% untuk tempahan terus di laman web rasmi. Selepas kenyang “berambeh”, anda boleh terus berehat di bilik yang selesa, sesuai untuk anda yang perlukan sedikit ketenangan daripada kerja yang sibuk.
Cara untuk Menempah Slot Berambeh Anda
Memandangkan ketersediaan adalah terhad terutamanya pada waktu puncak, anda sangat digalakkan untuk membuat tempahan lebih awal.
- Tempahan Restoran (Nomadic): Hubungi atau WhatsApp terus ke +60 13-633 0688 atau melalui platform Sevenrooms.
- Tempahan Berkumpulan (Corporate/Group): Sila emel ke kuching.sales@sheraton.com
- Tempahan Bilik (Diskaun 25%): Layari laman web rasmi di www.sheratonkuching.com untuk menikmati promosi eksklusif bagi tarikh penginapan sehingga 22 Mac 2026.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sheraton Kuching, anda boleh ikuti perkembangan mereka di Facebook atau Instagram melalui akaun @sheratonhotels.
Baca juga artikel mengenai tradisi moreh yang sering dilakukan semasa bulan Ramadan:
Moreh, Tradisi Jamuan Ringan Selepas Terawih di Bulan Ramadan
Tradisi Ramadan Suku Tidung, Adat Unik Masyarakat Muslim di Borneo Utara
.

