6 Kedai Makan Di Jalan Alor Diarah Tutup - DBKL

LocalFood
26 Jun 2026 • 6:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

6 Kedai Makan Di Jalan Alor Diarah Tutup - DBKL

6 Kedai Makan Di Jalan Alor Diarah Tutup - DBKL

Enam premis makanan di Jalan Alor, Bukit Bintang diarah tutup selepas didapati gagal mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan dalam Operasi Gelap Gempur Khas yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Operasi yang dijalankan pada 25 Jun itu bertujuan memastikan tahap kebersihan premis, keselamatan makanan serta pematuhan syarat pelesenan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.

Menurut DBKL, sebanyak 45 premis makanan telah diperiksa sepanjang operasi berkenaan.

74 notis & kompaun dikeluarkan

Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dilakukan pengusaha premis sehingga menyebabkan sebanyak 74 notis dan kompaun dikeluarkan mengikut beberapa peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Antara peruntukan yang digunakan ialah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016, Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan Wilayah Persekutuan 1979, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian WPKL 2016 serta Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

DBKL memaklumkan, antara kesalahan yang dikesan termasuk kegagalan menjaga kebersihan premis, tidak memasang atau menyelenggara perangkap minyak, kehadiran lipas dan tikus di ruang dapur serta penyimpanan bahan makanan yang tidak mengikut spesifikasi.

Selain itu, terdapat juga pekerja yang didapati belum mendapatkan suntikan tifoid, tidak menghadiri kursus pengendalian makanan, di samping melakukan kesalahan berkaitan larangan merokok dan syarat pelesenan.

Baca juga:

Dalam operasi sama, enam premis makanan diarahkan ditutup mengikut Undang-Undang Kecil 28(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016 kerana gagal memenuhi kehendak kebersihan yang ditetapkan.

DBKL menegaskan pihaknya akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan semua premis makanan di ibu negara mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Menurut DBKL, tindakan itu penting bagi menjamin tahap kebersihan premis, keselamatan makanan serta kesejahteraan warga kota.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved