6 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

17 Mar 2026 • 3:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

6 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Perak, Pahang, Selangor, seluruh WP Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Sabah.

"Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Pahang pula hanya melibatkan daerah Rompin.

"Sementara itu, di Selangor pula termasuk daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Di Johor hanya daerah Segamat diramal hujan lebat.

"Beralih ke Sarawak ,kawasan yang diramal hujan adalah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song dan Kapit).

"Manakala di Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut