6 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

16 Feb 2025 • 3:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

6 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga jam 6 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Manakala di Selangor pula melibatkan kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Sementara itu, dua daerah di Negeri Sembilan juga diramal hujan seperti Jelebu dan Seremban. Di Johor pula adalah daerah Tangkak dan Muar.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat termasuk Kapit (Belaga), Bintulu (Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang

“Manakala di Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” maklum METMalaysia.

Dalam pada itu, keseluruhan kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal hujan petang ini.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid09QvB9CRmcGUH6pHFHwL5AS1tEhLQdWJyusodk5pETuQ3YTfmmAiV3vHPKrKBD3wKl