6 orang termasuk bayi 6 bulan, mati ditembak di California

17 Jan 2023 • 10:49 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WASHINGTON: Seorang bayi berusia enam bulan dan ibunya antara yang maut ditembak di California, lapor Agensi Anadolu.

Syerif Daerah Tulare Mike Boudreaux memberitahu akhbar Los Angeles Times bahawa kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan di pusat bandar Goshen.

“Mangsa yang maut termasuk bayi, ibunya berusia 17 tahun dan seorang wanita tua.

“Ramai mangsa ditembak di kepala, termasuk bayi malang itu, kata Boudreaux.

Pihak berkuasa percaya ibu bayi berkenaan dan anaknya ditembak ketika cuba melarikan diri susulan penemuan mayat dalam parit di luar rumah mereka.

Sementara itu, mangsa seorang wanita tua “ditembak ketika sedang tidur,“ kata Boudreaux.

Seorang lagi mangsa ditemukan masih hidup, tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat cedera parah. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved