6 Pendaki OKU Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Sempena Hari Kebangsaan

1 Sep 2022 • 8:27 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

6 pendaki OKU berjaya dalam Ekspedisi Kinabalu OKU Challenge 2022 menawan Gunung Kinabalu.

6 Pendaki OKU Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Sempena Hari Kebangsaan. Dilaporkan seramai 22 peserta termasuk enam pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) bagi Ekspedisi Kinabalu OKU Challenge 2022 berjaya menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu pada awal pagi semalam sempena Hari Kebangsaan 2022.

Peserta ekspedisi yang dianjurkan oleh Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia (UIAM) ini tiba di gunung Kinabalu pada jam 5.45 pagi hingga 6.30 pagi secara bergilir dan diakhiri dengan pendakian di Timpohan Gate antara jam 4.30 petang hingga 7 malam tadi.

image is not available
6 Pendaki OKU Berjaya Tawan Gunung Kinabalu Sempena Hari Kebangsaan. Kredit gambar: Astro Awani

Prof Madya Dr Zulkifli Hasan mengetuai ekspedisi

Menurut Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) UIAM, Prof Madya Dr Zulkifli Hasan, yang mengetuai ekspedisi itu, pendakian Gunung Kinabalu yang bermula pada pagi Selasa itu amat mencabar bagi orang biasa justeru keupayaan enam pendaki OKU menyempurnakan pendakian adalah sesuatu yang amat luar biasa.

Beliau juga berkongsi cabaran yang dilalui oleh pendaki seperti ada peserta yang terjatuh dan mengalami luka-luka kecil tetapi ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskan pendakian dan mencapai misi untuk sampai ke puncak.

Gunung Kinabalu terletak di Banjaran Crocker, kira-kira 86 kilometer (km) dari Kota Kinabalu dan pendakian ke puncak gunung adalah sejauh 8.7km.

image is not available

Peluang menawan puncak Gunung Kinabalu merupakan kenikmatan diberikan Allah

Salah seorang pendaki OKU penglihatan, Ahmad Danial Mohd Sani, berkata peluang untuk menawan puncak Gunung Kinabalu merupakan kenikmatan yang diberikan Allah. Ahmad Danial yang juga merupakan pelajar Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Pengajian Quran dan Sunnah) UIAM meluahkan rasa kesyukurannya menikmati keagungan ciptaan Tuhan yang dia tidak pernah idamkan selama ini.

Beliau dalam nada sebak mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan ekspedisi yang membantunya menjayakan misi pendakian tersebut.

Baca lagi di sini: