6 penumpang cedera, bas ekspres alami masalah brek

13 May 2023 • 7:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan bas ekspres yang terbabit kemalangan menyebabkan enam penumpang cedera awal pagi Sabtu. - Foto Bomba Perak

KUALA KANGSAR - Enam penumpang sebuah bas ekspres cedera selepas kenderaan itu melanggar pembahagi jalan dipercayai akibat mengalami masalah brek di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini pada Sabtu.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar pada jam 2.46 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, bas berkenaan membawa 26 penumpang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

"Terdapat enam mangsa mengalami kecederaan ketika pelanggaran berlaku, namun tiada yang tersepit.

"Kesemua mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, maklumat awal mendapati, bas berkenaan mengalami masalah brek ketika melalui lokasi kejadian.

"Tindakan pemandu menghentikan bas tersebut dengan melanggar pembahagi jalan bagi mengelak risiko kemalangan lain terjadi," katanya.

Operasi tamat pada jam 3.40 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved