6 penyelidik harumkan nama UPM dalam Anugerah MRSA 2025

LocalTechnology
20 Feb 2025 • 12:15 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Antara individu hebat dalam dunia penyelidikan yang berjaya membawa pulang kejayaan pada Anugerah MRSA 2025.

Enam penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mengungguli beberapa kategori utama dalam Malaysia’s Research Star Award (MRSA 2025) dan Anugerah Jurnal CREME (Current Research Malaysia) yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir baru-baru ini.

Antara anugerah yang diterima mereka (penyelidik UPM) terdiri daripada Profesor Ir Dr Mohd Sapuan Salit@ Sinon dari Fakulti Kejuruteraan bagi kategori Frontier Researcher dan Profesor Dr Amin Ismail, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (kategori Outstanding Research in Phytochemicals).

Manakala Profesor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin dan Profesor Madya Dr Yap Wing Fen dari Fakulti Sains serta Profesor Dr Loh Teck Chwen, Fakulti Pertanian merangkul anugerah menerusi kategori Researcher Cluster.

Seterusnya, Profesor Dr Tan Chin Ping dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan membawa pulang Anugerah Jurnal CREME melalui kajian beliau yang diterbitkan dalam International Food Research Journal.

Terdahulu, setiap anugerah yang diberikan kepada penyelidik dan jurnal penyelidikan tempatan adalah sebagai pengiktirafan terhadap komitmen mereka menghasilkan penerbitan berkualiti yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved