6 Sebab Arab Saudi Adalah Destinasi Percutian Mewah Dan Riadah Hebat Untuk Wanita 

Travel
4 Aug 2024 • 11:15 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Arab Saudi menjanjikan keseronokan untuk pelancong wanita

Pengembara wanita yang sedang mencari destinasi percutian unik, menjanjikan pengalaman mewah dan mengagumkan, anda mungkin berminat dengan Arab Saudi. Ini kerana Arab Saudi menawarkan pelbagai tarikan yang mampu memenuhi kritiria tersebut. 

Dengan warisan budaya yang mengagumkan, pusat peranginan bertaraf dunia, program kesihatan dan spa, serta sangat selamat untuk pengembara wanita, Arab Saudi ialah pilihan terbaik untuk wanita yang mengidamkan sebuah percutian yang memikat dan mewah.

image is not available
Penginapan mewah di Six Senses Southern Dunes

Berikut adalah enam sebab yang menjadikan Arab Saudi sebuah detinasi berbaloi dilawati oleh pengembara wanita bercitarasa tinggi:

1. Penginapan Mewah: Six Senses Southern Dunes dan Nujuma, Ritz-Carlton Reserve

Manjakan diri dengan kemewahan yang tiada tandingan di Six Senses Southern Dunes. Terletak di pedalaman di sepanjang pantai Laut Merah, resort ini menawarkan pemeriksaan kesejahteraan diri yang tenang, pakej percutian yang direka khas serta persekitaran semula jadi yang indah. 

image is not available
Nujuma, Ritz Carlton Reserve

Untuk percutian pulau yang unik, Nujuma yang baru dibuka, Ritz-Carlton Reserve, menawarkan vila-vila mewah, pantai persendirian, dan layanan hebat tiada tandingan, menjadikannya sebuah ‘lokasi persembunyian’ yang sempurna. 

2. Kesejahteraan Dan Meremajakan: Thuraya Wellness dan Habitas AlUla

Thuraya Wellness terkenal dengan program kesihatan peribadinya yang disesuaikan khusus untuk wanita yang menampilkan rawatan spa dan rejimen kesihatan holistik. 

image is not available
Yoga dan rawatan kesihatan yang ditempah khas

Dengan lanskap padang pasir AlUla yang menakjubkan, Habitas AlUla menawarkan aktiviti kebudayaan harian, yoga matahari terbit dan rawatan kesihatan yang ditempah khas.

Jangan ketinggalan mengintai tapak Tapak Warisan Dunia UNESCO berdekatan seperti bandar purba Dadan dan Jabal Ikmah, serta Hegra.

3. Menjamu Selera Dan Membeli-Belah Yang Membahagiakan: VIA Riyadh dan Bujairi Terrace

Mulakan perjalanan kuliner di VIA Riyadh, hab untuk santapan kelas atasan. Pilihan lain ialah Bujairi Terrace, yang menempatkan restoran terkenal dengan pemandangan At-Turaif, Tapak Warisan Dunia UNESCO yang menakjubkan. 

image is not available
Pengalaman membeli belah secara premium

Tempat ini juga menawarkan pengalaman membeli-belah premium dengan gabungan jenama global dan tempatan, serta pilihan hiburan lain.

4. Pengalaman Warisan Budaya Yang Mewah

Temui pemandangan seni dan kulinari yang meriah di Jeddah, bersiar-siar di daerah Al Balad yang bersejarah, dan kunjungi Jeddah Open Air Museum. 

Apabila di Riyadh, terokai Diriyah di mana anda boleh mengikuti aktiviti di safari padang pasir tradisional. 

image is not available
Aktiviti safari padang pasir

Tambahan pula, AlUla menawarkan perjalanan abadi dengan tapak arkeologi, formasi batuan dan acara kebudayaan yang unik.

5. Mudah Ke Sana-Sini

Saudi menawarkan beberapa perkhidmatan pengangkutan awam untuk perjalanan yang selamat dan lancar. Jadi, pengembaraan untuk meneroka landskap mempesona dan bandar-bandar hebat akan menjadi mudah.

Sama ada anda seorang pengembara tegar atau pelawat kali pertama, terdapat pelbagai pilihan pengangkutan awam boleh dipilih.

image is not available
Bersiar-siar di daerah Al Balad yang kaya sejarah

Jika keselesaan adalah keutamaan, bolehlah menyewa kereta untuk dipandu sendiri, atau pun tempah kereta dengan menggunakan servis e-hailing Uber dan Careem. 

Perkhidmatan ini dilengkapi dengan pilihan pembayaran tanpa sentuh serta bayaran terus di aplikasi.

6. Salah Satu Negara Paling Selamat

Arab Saudi diiktiraf sebagai salah satu negara paling selamat untuk pengembara wanita, dengan penarafan keselamatan yang tinggi di kalangan negara G20 dan kedudukan ke 20 pada Indeks Keselamatan Numbeo 2024. 

Transformasi budaya Arab Saudi didorong dengan ketara oleh wanita dalam industri utama. Wanita juga merupakan sebahagian besar tenaga kerja pelancongan, dianggarkan sebanyak 45 peratus, dengan pemimpin seperti Yang Amat Mulia Puteri Haifa Binti Mohammed Al Saud yang berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Arab Saudi menawarkan pengalaman komprehensif kemewahan, masa lapang dan kekayaan budaya yang disesuaikan untuk semua pengembara wanita. Sama ada mencari tempat percutian yang tenang, ekspedisi kebudayaan atau pengembaraan mewah, Arab Saudi menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 

Rancang percutian mewah anda hari ini dan tenggelamkan diri anda dalam daya tarikan Arab Saudi.

image is not available
Bujairi Terrace Carousel

Inisiatif visa yang telah dibangunkan secara berterusan oleh kerajaan Arab Saudi telah menjadikan perjalanan ke negara itu menjadi lebih mudah, lancar dan lebih selamat dengan program eVisa kini termasuk 66 negara, pengurangan jumlah harga eVisa sebanyak 20 peratus.

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan visa persinggahan percuma 96 jam, atau memilih eVisa yang diluluskan, sah sehingga 90 hari. Visa perniagaan dan Umrah/Haji juga disediakan kepada mereka yang datang ke negara ini untuk tujuan kerja atau keagamaan. 

Untuk memastikan kebolehcapaian dan ketersambungan yang lancar, kapasiti syarikat penerbangan telah meningkat kepada lebih 700,000 tempat duduk di tiga syarikat penerbangan utama, Air Asia X, Malaysia Airlines dan SAUDIA. Penerbangan terus tersedia ke bandar seperti Jeddah, Madinah, Taif dan Damam.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Arab Saudi dan mengalami semua pengalaman unik bersama keluarga anda, lawati https://www.visitsaudi.com/en - Getaran, 4 Ogos 2024

Foto : Visit Saudi

View Original Article