6 Tip Pemanduan Selamat Semasa Hujan

LocalCars
27 Oct 2024 • 4:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

6 Tip Pemanduan Selamat Semasa Hujan

Memandu semasa hujan bukanlah satu perkara yang digemari ramai atas beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.

Bila tiba hujung tahun, Malaysia sering dilanda hujan lebat akibat Musim Monsun.

Sebagai manusia, kita memang tak dapat mengawal cuaca.

Tetapi, sebagai pemandu bertanggungjawab, kita boleh ambil langkah-langkah penting untuk memastikan keselamatan di jalan raya.

Justeru, SK hari ini kongsikan 6 tip mudah untuk pemanduan selamat semasa hujan, seperti dikongsi oleh pengguna TikTok @jamesyip_.

1. Rancang masa dengan baik

Jangan terburu-buru, terutamanya ketika jalan licin. Berikan masa lebih untuk sampai ke destinasi.

Contohnya, jika anda perlu berada di tempat kerja pada pukul 8 pagi, keluar rumah lebih awal.

Ini dapat membantu anda memandu dengan tenang dan lebih selamat.

2. Kekalkan jarak yang selamat

Mengekalkan jarak yang selamat dengan kenderaan hadapan memastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk memberhentikan kereta jika kenderaan hadapan melakukan brek kecemasan.

Cara yang selamat adalah untuk mengaplikasikan peraturan 4 saat yang diajar di sekolah memandu tetapi saat hujan, tiada masalah untuk menjadikannya 9 saat atas faktor keselamatan.

3. Jangan memandu laju

Patuh kepada had laju yang ditetapkan, lebih-lebih lagi bila jalan licin atau terdapat lopak air.

Jika anda lambat sekalipun, utamakan keselamatan anda seperti kata pepatah, biar lambat asal selamat.

4. Pasang lampu hadapan

Hujan boleh menjejaskan penglihatan di jalan raya, jadi pastikan lampu hadapan dipasang, walaupun pada waktu siang.

Ini memudahkan anda melihat dan dilihat oleh pemandu lain.

Tapi, jangan pasang lampu kecemasan ketika memandu kerana ia hanya digunakan apabila kereta rosak atau tidak boleh bergerak.

5. Pastikan pengelap cermin dalam keadaan baik

Sebelum memandu sewaktu hujan, anda perlu pastikan pengelap cermin berada dalam keadaan yang baik.

Matahari terik dan cuaca yang kering boleh menyebabkan pengelap kering dan tidak berfungsi dengan baik.

Dinasihati untuk menukar pengelap cermin sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

6. Jauhi kawasan banjir

Hujan lebat boleh menyebabkan banjir di sesetengah kawasan.

Cari laluan alternatif untuk mengelak kawasan yang banjir kerana ini boleh mengancam keselamatan pemanduan anda.

Semoga bermanfaat.

Sumber: James Yip via TikTok, Carsome

View Original Article