60-70% calon muka baharu di Pahang: Wan Rosdy

Politics
1 Nov 2022 • 2:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JERANTUT: Barisan Nasional (BN) bakal mengetengahkan 60 hingga 70 peratus muka baharu bagi calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata pengumuman rasmi calon-calon BN akan diadakan di Kuantan esok dan muka baharu yang akan ditampilkan adalah wakil pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.

“Barisan calon pada PRU kali ini adalah kombinasi pemimpin veteran serta muda yang mampu memberi kemenangan kepada BN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis apresiasi kecemerlangan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 dan Hal Ehwal Murid di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini (5 Nov) sebagai hari penamaan calon, pengundian awal (15 Nov) dan hari pengundian pada 19 Nov.

BN dijadualkan mengumumkan senarai calon Parlimen gabungan itu di Kuala Lumpur malam ini.-Bernama