60 individu terima rawatan percuma di Hospital Mata Tun Hussein

11 May 2025 • 12:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH MUHAMMAD HAZIQ ROSHIDI

PETALING JAYA, 11 MEI: Seramai 60 individu menerima rawatan mata percuma di Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn (THONEH) sempena Karnival Katarak yang berlangsung semalam dan hari ini.

Pegawai Eksekutif THONEH Dato’ Michael Goh berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi membantu pesakit yang kurang mampu dari segi fizikal atau kewangan mendapatkan rawatan mata di klinik atau hospital.

“Kami bekerjasama dengan tiga hospital bagi mengenal pasti pesakit yang memerlukan rawatan dan mereka akan dirawat di Hospital THONEH sepanjang dua hari program ini.

“Tiga hospital yang terlibat dalam kerjasama itu ialah Hospital Ampang, Hospital Sultan Idris Shah dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah,” katanya selepas majlis pelancaran karnival berkenaan semalam.

Karnival Katarak berlangsung di THONEH selama dua hari dari jam 9 pagi hingga 4 petang, turut menyediakan pemeriksaan mata percuma kepada orang ramai sepanjang program berlangsung.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved