60 pelajar B40 di Tuaran terima bantuan awal pengajian YBR

18 Apr 2024 • 12:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Tuaran: Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran menyalurkan RM30,000 sebagai bantuan awal pengajian kepada pelajar yang tidak berkemampuan untuk menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

YBR menerusi kenyataan memaklumkan seramai 60 pelajar dalam kalangan keluarga B40 di daerah itu menerima bantuan berkenaan pada majlis penyerahan di sini hari ini, yang disempurnakan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

“Bantuan kewangan itu sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan yang diperlukan untuk meneruskan pengajian,” menurut kenyataan itu.

Madius turut berterima kasih kepada YBR atas bantuan buat kali kedua berturut-turut dan berharap usaha itu dapat dikekalkan kerana masih ramai yang memerlukan bantuan dalam pendidikan.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Pengerusi YBR Datuk Phillip Benedict Lasimbang pula berkata bantuan tunai itu merupakan inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Menurut kenyataan itu, pada tahun lepas sebanyak 3,580 pelajar di seluruh negara telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan peruntukan berjumlah RM2.29 juta.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.