60 Pembeli Terawal Kawasaki KLE500 Terima Pakej Eksklusif Megatrail Adventure

LocalCars
4 Aug 2026 • 9:27 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: 60 Pembeli Terawal Kawasaki KLE500 Terima Pakej Eksklusif Megatrail Adventure

MODENAS menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih istimewa kepada 60 pembeli terawal Kawasaki KLE500 menerusi pakej eksklusif Kawasaki Megatrail Adventure, sempena pelancaran digital model tersebut bermula 3 Ogos lalu.

Ditawarkan pada harga RM32,900 tidak termasuk insurans dan cukai jalan, KLE500 hadir sebagai motosikal pengembaraan kelas pertengahan yang sesuai untuk tunggangan harian, jelajah jarak jauh serta laluan lasak. Ia dikuasakan enjin parallel-twin 451cc, dipadankan dengan suspensi jarak gerak panjang, rim jejari 21 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, sistem ABS boleh dipilih serta tangki bahan api 16 liter.

Sebagai ganjaran, 60 pelanggan pertama akan menerima pakej Megatrail Fun Ride selama dua hari satu malam, jersi edisi khas KLE500, sijil pemilik eksklusif serta beg pelana edisi terhad.

Program Megatrail yang berlangsung pada 26 September di Dataran Amanjaya Lawin, Gerik, Perak itu menawarkan laluan off-road sejauh 150 kilometer merentasi hutan, bukit, laluan berbatu dan sungai. Peserta turut menikmati sokongan teknikal, bantuan kecemasan, kemudahan perkhemahan serta peluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM40,000 termasuk sebuah motosikal Kawasaki baharu.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved