60 stesen catat bacaan IPU sederhana 11 pagi ini

LocalEnvironment
19 Jul 2025 • 1:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 60 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap sederhana setakat jam 11 pagi Sabtu.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 60 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap sederhana setakat jam 11 pagi Sabtu.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar, selain lain lapan kawasan merekodkan bacaan IPU baik melibatkan Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu dan Kimanis di Sabah; ILP Miri, Sri Aman, Kapit, Limbang di Sarawak serta Labuan.

Tiada kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved