61 pelajar Malaysia terkandas di Jakarta akan pulang malam ini: Duta Besar

26 Oct 2025 • 9:36 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - 61 pelajar Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dijadual pulang ke tanah air pada jam 7.55 malam ini waktu tempatan, kata Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.

Beliau berkata Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta membantu menjaga kepentingan pelajar yang terkandas dengan kerjasama ejen pelancongan tempatan.

“Kita berharap perkara sebegini dapat dielakkan pada masa hadapan,” katanya lapor Bernama.

Syed Mohamad Hasrin turut merakamkan penghargaan kepada ejen pelancongan yang bersetuju membantu para pelajar sepanjang empat hari program lawatan di sini.

Beliau berharap urusan antara ejen berkenaan, yang juga rakyat Malaysia dan penganjur program, termasuk aspek bayaran dan perkara lain yang berkaitan dapat diselesaikan dengan baik.

Kelmarin, media melaporkan 61 pelajar sekolah dari Selangor terkandas lebih tiga jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas ejen pelancongan tidak muncul untuk menguruskan pengangkutan dan penginapan mereka.

Dalam kejadian pada jam 3 petang waktu tempatan itu, kumpulan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kapar itu tiba menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, berkata sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, pihak kedutaan terus mengambil tindakan pantas menempatkan semua pelajar berkenaan di sebuah hotel berhampiran lapangan terbang dengan bantuan ejen pelancongan tempatan yang juga rakyat Malaysia. - 26 Oktober, 2025

The post 61 pelajar Malaysia terkandas di Jakarta akan pulang malam ini: Duta Besar appeared first on Scoop.