61% rakyat Malaysia tidak ada simpanan kecemasan RM1,000: Fadillah

LocalPersonal Finance
22 Nov 2026 • 3:18 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: 61% rakyat Malaysia tidak ada simpanan kecemasan RM1,000: Fadillah

KUCHING - Sebanyak 61 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk tujuan kecemasan berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi 2024.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata keadaan itu bermakna sebahagian besar rakyat tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menghadapi perkara tidak dijangka.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 37 peratus rakyat juga tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan selama tiga bulan sekiranya kehilangan pekerjaan.

“Inilah antara cabaran berdasarkan fakta dan angka yang dikemukakan oleh Bank Negara Malaysia. Oleh itu, saya berpendapat bahawa literasi kewangan amat penting dan perlu terus dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program Juh Kita Melabur, Anak Sarawak di cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Kuching, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ASNB Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee berkata pendidikan kewangan perlu diterapkan sejak usia muda bagi membentuk generasi yang lebih bijak mengurus kewangan.

Beliau berkata pemahaman awal tentang nilai wang, kepentingan menyimpan dan asas pelaburan akan membantu golongan muda membuat keputusan kewangan yang lebih baik apabila memasuki alam dewasa.

“Kami juga amat menghargai sambutan yang diberikan oleh rakyat Sarawak terhadap pelbagai program pendidikan kewangan yang telah dianjurkan sebelum ini.

“Sambutan tersebut menunjukkan bahawa minat untuk belajar, menyimpan dan melabur sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat di negeri ini,” katanya. - 22 November, 2026

The post 61% rakyat Malaysia tidak ada simpanan kecemasan RM1,000: Fadillah appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved