61 terkorban dalam nahas kapal terbang di Brazil

WorldTravel
10 Aug 2024 • 11:01 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sebuah pesawat jenis ATR 72-500 yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Voepass dilaporkan terhempas di kawasan kediaman di bandar Vinhedo, Sao Paulo, Brazil, semalam.

Pesawat tersebut membawa 57 penumpang dan empat anak kapal dan kesemuanya dilaporkan terkorban dalam tragedi itu.

Difahamkan, pesawat berkenaan sedang dalam perjalanan dari Cascavel menuju ke lapangan terbang antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo.

Menurut saksi mata, pesawat itu dilihat berpusing-pusing di udara sebelum menjunam ke bawah dan terhempas.

Pihak berkuasa berjaya menemui kotak hitam perakam data penerbangan di lokasi kejadian, namun punca nahas masih dalam siasatan.

Tiada penduduk di kawasan kejiranan yang cedera dalam kejadian ini, walaupun beberapa rumah mengalami kerosakan akibat serpihan pesawat.

Pihak berkuasa tempatan telah mengumumkan tiga hari berkabung sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa nahas. – Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved