Ciri Ini Memudahkan Proses Melihat Notifikasi Dengan Pantas Pada Surface Duo

TechnologyDigital
27 Feb 2020 • 2:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft Surface Duo akan hanya dilancarkan pada penghujung tahun ini. Telefon pintar dwi-skrin yang boleh dilipat ini adalah yang pertama menggunakan sistem operasi Android dan selepas pembangunan Windows Phone dihentikan. Tidak seperti Galaxy Fold, Z Flip dan RAZR, Surface Duo tidak mempunyai skrin kecil pada bahagian luar untuk memaparkan notifikasi. Untuk menyelesaikan masalah ini, Microsoft akan menggunakan ciri “mengintai” pada Surface Duo.

Ciri ini ditiriskan oleh ciapan WalkingCat semalam. Untuk menggunakannya pemilik Surface Duo hanya perlu membuka sedikit bahagian penutup peranti dan skrin kecil akan memaparkan kesemua notifikasi yang diterima. Sekiranya panggilan telefon pula diterima, sebahagian kecil skrin akan menunjukkan identiti pemanggil. Skrin ini akan membesar apabila skrin dibuka sepenuhnya untuk menjawab panggilan.

Dari demo yang tertiris ini, Microsoft mungkin telah melakukan kesilapan dengan tidak menyertakan skrin kecil pada bahagian luar untuk memaparkan notifikasi. Memandangkan peranti masih belum dilancarkan, Microsoft masih mempunyai masa untuk mengubah rekaan kerana sistem intaian notifikasi yang dipaparkan di atas adalah tidak mesra pengguna.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved