676 PATI kena cekup di Ijok

5 Aug 2024 • 6:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebahagian warga asing asing yang ditahan dalam operasi itu di Pekan Ijok di sini pada Ahad.

KUALA SELANGOR - Polis memberkas 676 pendatang tanpa izin (PATI) dalam operasi besar-besaran di Pekan Ijok pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, operasi khas itu dilaksanakan selama 10 jam bermula 4.30 petang.

Menurut beliau, rata-rata PATI yang dicekup terdiri dalam kalangan warga Bangladesh dan Myanmar.

"Pemeriksaan lanjut mendapati 163 daripada mereka berusia lingkungan 30 hingga 40-an melakukan kesalahan berkaitan dokumen pengenalan diri dan permit kerja," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Ambia berkata, operasi itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan selama sebulan mengenai lambakan warga asing di sekitar kawasan tersebut.

Jelas beliau, penduduk setempat membuat aduan memaklumkan golongan itu bukan saja bersikap biadab dan pengotor malah menjejaskan sosio ekonomi mereka.

Tegas beliau, siasatan awal mendapati kebanyakan warga asing yang ditahan bekerja sebagai buruh binaan, pekerja kilang, peniaga haram dan pekerja kedai runcit.

"Semasa serbuan, mereka gagal melarikan diri kerana kawasan itu dikepung polis dan tidak menjangkakan ada operasi tersebut," ujar beliau.

Katanya, operasi itu dijalankan sepasukan 277 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Kuala Selangor bagi proses dokumentasi dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi tindakan terutamanya melibatkan kesalahan-kesalahan Imigresen," ujar beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved