Xiaomi Berkongsi Imej Rasmi Xiaomi CC9 – Memperlihatkan Tri-Kamera, Binaan Kaca, Fungsi IR Blaster

26 Jun 2019 • 2:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi dalam persediaan untuk melancarkan Xiaomi CC9, iaitu sebuah siri yang memfokuskan kepada golongan muda. Sebelum ini beberapa spesifikasinya telah tertiris, dan nampaknya kini rekaan pengolokannya juga telah dikongsikan ke arena web.

Imej pengolokan ini telah dikongsikan sendiri oleh CEO Xiaomi, Lei Jun, yang berupa sebuah Mi CC9 berwarna putih. Imej ini mengesahkan ia hadir dengan rekaan tri-kamera, yang mana ditempatkan secara menegak pada bahagian sisi kiri peranti. Rekaan belakang peranti juga disahkan akan hadir dengan binaan berasaskan kaca dan bingkai berasaskan logam.

image is not available

Pada bahagian atas peranti, ia juga dilihat akan menyertakan sambungan IR blaster untuk menjadikan peranti sebagai alat kawalan jauh, selain menyertakan sambungan bicu audio 3.5mm pada bahagian ini. Di bawahnya terdapat sambungan USB-C dan juga saluran pembesar suara berasaskan mono.

Xiaomi dijangka akan melancarkan Xiaomi CC9 di Beijing, China pada 2 Julai ini. Ia dilaporkan akan hadir dengan dua variasi iaitu Xiaomi CC9 dan Xiaomi CC9e dengan harga jualan di bawah RM1500.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved