Media AS dakwa Kim Jong Nam pemberi maklumat CIA

11 Jun 2019 • 12:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

WASHINGTON - Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan bahawa Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang telah dibunuh, telah menjadi pemberi maklumat CIA, lapor agensi berita Rusia Sputnik.

Kim Jong Nam telah dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dalam bulan Februari 2017 oleh dua wanita menggunakan apa yang dipercayai para penyiasat sebagai agen saraf VX.

Pihak berkuasa Malaysia telah mendakwa kedua-dua wanita sebelum membebaskan mereka pada awal tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Vietnam mengaku salah cederakan Jong-Nam

Wall Street Journal pada Isnin melaporkan bahawa "seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang perkara berkenaan" berkata Kim Jong Nam telah ke Malaysia untuk bertemu orang hubungan CIAnya, meskipun itu mungkin bukan satu-satunya tujuan perjalanan tersebut.

Menurut laporan itu, polis memberi keterangan semasa perbicaraan kedua-dua wanita bahawa mangsa telah bertemu seseorang berketurunan Korea-Amerika yang tidak dikenali sejurus sebelum beliau dibunuh.

Pada Mei 2017, akhbar Asahi Shimbun di Tokyo melaporkan bahawa abang tiri Kim Jong Un itu telah mengadakan pertemuan dengan seorang individu yang disyaki adalah seorang pegawai perisikan AS, menurut laporan tersebut. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved