Google Telah Membuang Huawei P30 Pro Dan Mate X Di Senarai Android.com

24 May 2019 • 12:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Android.com adalah laman web mengenai Android daripada Google. Di laman web ini jugalah yang menyenaraikan peranti-peranti Android One, peranti-peranti Android Enterprise dan juga peranti terbaik pilihan Google. Di laman web ini terdapat dua kategori yang Google memilih peranti Huawei sebagai calon terbaik.

Click to view slideshow.

Kategori pertama adalah ‘5G phones are first on Android‘ dan ‘Cameras that catch the shot‘. Dua kategori ini terdapat peranti Huawei yang disenaraikan sebelum ini. Terkini, selepas kes sekatan US dan Huawei – Google telah membuang peranti Huawei dari senarai. Untuk peranti 5G, Google telah membuang Huawei Mate X. Manakala untuk kamera, Google telah membuang Huawei P30 Pro.

Dengan membuang peranti Huawei dari senarai, ini bermakna Google seolah tidak mempunyai harapan dengan Huawei. Jika senarai pun dibuang, adakah janji Google untuk kekalkan kemaskini kepada peranti yang sedia ada akan dipegang? Harapnya begitu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved