Koronavirus: Seorang ditahan sebar berita palsu

29 Jan 2020 • 8:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang suspek yang disyaki menyebarkan berita palsu mengenai virus coronavirus (2019-nCov), semalam.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di kediamannya di Bangi pada jam 4 petang bagi membantu siasatan terhadap satu status dimuat naik di laman Facebook pada 26 Januari lalu.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menggesa masyarakat supaya menghentikan penyebaran maklumat palsu berhubung wabak koronavirus kerana ia boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

Abdul Hamid berkata, individu yang tidak bertanggungjawab itu boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menyebarkan maklumat palsu.

[AKAN MENYUSUL]


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved