Peguam Najib bentang kes pembelaan dalam perbicaraan SRC

3 Dec 2019 • 8:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Ketua barisan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam kenyataan pembukaannya berhubung perbicaraan bekas Perdana Menteri itu yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC), memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihak pembelaan akan membuktikan bahawa Najib tidak terlibat dalam sebarang urusan rasuah.

Beliau berkata, pihak pembelaan akan menampilkan bukti-bukti untuk merumuskan bahawa antara lain Najib tidak menyalah guna kedudukannya, tidak punyai kepentingan dalam SRC, tidak pernah menjadi ejen atau pengarah SRC International, tidak pernah menyalah guna dana itu sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan bahawa RM42 juta yang yang dimaksudkan dalam kes itu tidak diterima oleh Najib sebagaimana yang didakwa menerusi pertuduhan berkaitan penggubahan wang secara haram.

“RM42 juta dipindahkan ke akaunnya tanpa pengetahuan atau pembabitannya dan bukannya sebagai bentuk penghargaan dengan sebarang tindakan Najib yang berkaitan SRC International,” katanya dalam kenyataan pembukaan, sebelum Najib memasuki tempat duduk saksi sebagai saksi pembelaan pertama bagi menjawab pertuduhan terhadapnya berkaitan dengan dana SRC.

Beliau berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu telah diwakili secara salah berhubung transaksi yang terlibat serta baki sebenar dalam akaunnya dari tahun 2013 sehingga 2015 dan mereka dimanipulasi oleh pihak ketiga tanpa pengetahuan dan kelulusannya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 11 November memerintahkan Najib, 66, membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana berjumlah RM42 juta itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved