Huawei Matebook D15 Kini Hadir Dalam Variasi Storan 256GB Pada Harga RM2299

TechnologyDigital
10 Feb 2020 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei telah pun menawarkan Huawei MateBook D15 di Malaysia sejak sebulan yang lepas, menjadikan ia salah satu komputer riba yang berbaloi untuk dimiliki. Terbaru, menjadikannya lebih berbaloi, Huawei turut membawa variasi dengan storan SSD sahaja pada harga RM2299.

image is not available

Huawei MateBook D15 hadir dengan skrin 15.6-inci, dijana cip AMD Ryzen 5 3500U, kad grafik Radeon Vega 8, dan dilengkapi Windows 10 Home. Ia turut hadir dengan memori 8GB RAM.

Berbeza dengan model sebelum ini adalah dimana ia turut hadir dengan storan 1TB HDD selain 256GB SSD. Untuk variasi yang dijual RM2299 ini pula, ia hadir dengan penawaran storan hanya 256GB SSD sahaja.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Huawei MateBook D15 ini melalui laman rasmi Huawei bermula 14 Februari 2020 ini.