Sumber makanan haram punca anak derhaka

28 Apr 2020 • 8:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Golongan lelaki bergelar ayah dinasihatkan memastikan sumber makanan yang diberikan kepada ahli keluarga supaya memperoleh keberkatan hidup dan anak yang soleh.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, makanan daripada sumber rezeki yang tidak halal menjadi antara punca anak menderhaka kepada ibu bapa.

Menurutnya, ibu bapa yang diuji dengan perkara tersebut perlu bermuhasabah diri dengan mengenal pasti sumber rezeki masing-masing.

"Daripada kajian yang saya lakukan, antara sebab salah satu anak derhaka walaupun dibekalkan dengan ilmu pengetahuan tinggi kerana makan makanan haram.

"Daging, tulang dan darah yang timbul daripada makanan haram itu maka neraka lebih utama tempatnya. Maksud neraka di dunia, inilah berlaku masalah dan ujian.

"Kadang-kadang kita tidak bentuk dan didik mereka begitu. Tapi ibu bapa jangan putus asa, dalam Islam tidak ada putus asa," katanya pada program Majlis Ayah: Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga bertajuk Ibrahim Kalilullah, Ayah Tauhid di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam di sini semalam.

Hadir sama, Johan Qari Kebangsaan dan Antarabangsa 2014, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali manakala Fazrul Ismail sebagai pentadabbur.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved