Google Play Protect Kini Mengimbas 50 Bilion Aplikasi Sehari

8 May 2019 • 5:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Play Protect mula diperkenalkan pada acara Google I/O 2017. Kini sudah dua tahun dan Google I/O 2019 sudah pun berlangsung. Seperti biasa banyak perkara baharu yang diumumkan. Semasa acara Googlr I/O 2019 ini, Google telah mengumumkan laporan terkini buat Google Play Protect.

image is not available
Sistem sekuriti Google Play Protect ini kini mengimbas 50 bilion aplikasi sehari. Bukan itu sahaja, Google Play Protect juga dimaklumkan yang semakin hari semakin baik. Kehebatan Google Play Protect adalah, ia turut mampu mengimbas aplikasi yang dipasang melalui .APK dan juga turut memfokuskan sekuriti dan keselamatan pengguna.