iFixit – Google Pixel 3a Lebih Mudah Dibaiki Berbanding Pixel 3

10 May 2019 • 8:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iFixit telah mengeluarkan panduan untuk membaik-pulih Pixel 3a dan 3a XL di halaman mereka – dengan memberi penilaian tahap kesukaran baik-pulih pada skala 6/10. Dengan penilaian ini, proses membaik-pulihnya adalah lebih mudah berbanding Pixel 3 – yang hanya menerima tahap penilaian 4/10.

iFixit mendapati bahagian skrin peranti ini adalah lebih mudah untuk dikeluarkan, tanpa memerlukan sebarang alat pemanas. Sebaliknya, ia hanya memerlukan penyedut skrin dan alat seumpama “pick guitar” untuk membuka bahagian skrin ini.

image is not available

Perkara ini dijayakan dengan kelemahan Pixel 3a yang tidak mempunyai sebarang sokongan kalis air. Binaan dan sejumlah komponen di dalamnya tidak digam dengan terlalu ketat, sekaligus memudahkan bahagian dalaman peranti ini mudah untuk ditukar.

Dengan proses mengeluarkan komponen dalaman yang lebih mudah, ia membantu proses khidmat baik-pulih tanpa perlu merosakkan komponen tertentu. Juruteknik yang membaiki peranti ini juga tidak memerlukan masa yang lama dalam membuat pertukaran sesuatu komponen pada peranti ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved