Huawei Mengumumkan Penawaran EMUI 9 Untuk Huawei Mate 9 Dan Huawei P10

4 Jun 2019 • 6:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan penawaran kemaskini perisian terbaru untuk dua lagi model telefon pintar mereka, iaitu untuk siri Huawei Mate 9 dan juga siri Huawei P10. Dengan pengumuman ini, pengguna peranti Mate 9, Mate 9 Pro, P10, dan juga P10 Plus boleh menikmati kemaskini perisian terbaru – sekaligus menggunakan sejumlah ciri-ciri baru yang disertakan bersama dengannya.

image is not available

Dengan pengenalan kemaskini ini juga, Huawei memperlihatkan komitmen untuk menyokong peranti mereka untuk tempoh yang lebih lama — apatah lagi kedua-duanya telah dilancarkan beberapa tahun lepas. Untuk makluman, Mate 9 telah dilancarkan pada 2016 sebelum ini.

Bagi anda yang menggunakan peranti ini, anda boleh menaik-taraf kepada EMUI 9 dengan ke halaman Settings > Software Update pada hari ini.