7,000 karton rokok seludup, bot nelayan lebih RM2 juta dirampas

LocalPolitics
15 Apr 2026 • 3:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
PPM Wilayah Dua Muar menahan tiga lelaki tempatan serta merampas 7,000 karton rokok keretek tidak berkastam dalam Ops Taring Gelora di perairan Kuala Sungai Muar pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Muar menahan tiga lelaki tempatan serta merampas 7,000 karton rokok keretek tidak berkastam dalam Ops Taring Gelora di perairan Kuala Sungai Muar pada Selasa. 

Komander PPM Wilayah Dua Johor Asistem Komisioner Noor Azman Jamal berkata, sebuah bot nelayan bersama enjin jenama Fuso 120 turut dirampas, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2.28 juta.

Beliau berkata bot ronda RH30 yang menjalankan rondaan operasi mengesan sebuah bot nelayan dinaiki individu berusia antara 23 hingga 62 tahun pada 1 pagi.

"Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan membawa kepada penemuan beberapa kotak berwarna coklat yang mengandungi rokok disyaki tidak berkastam,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. 

Noor Azman berkata pihaknya turut merampas sebuah bot, enjin serta sebuah telefon bimbit jenis iPhone 16 Pro Max.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985. - Bernama 

 

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved