7 Aktiviti Menarik Sesuai Untuk Seisi Keluarga Bercuti di Kota Kinabalu

26 Jan 2024 • 8:50 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Yang penting semua aktiviti yang di recommend semuanya mesra keluarga

7 Aktiviti Menarik Sesuai Untuk Seisi Keluarga Bercuti di Kota Kinabalu. Sekiranya anda sekeluarga akan pergi ke Sabah semasa cuti sekolah, berikut adalah aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan semasa di sana untuk mengisi masa cuti anda!

1. Taman Laut Tungku Abdul Rahman

Kalau pergi ke Kota Kinabalu, seharusnya anda sekeluarga perlu cuba aktiviti island hopping! Pulau-pulau seperti Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Manukan adalah kemestian. Merupakan sebahagian daripada kawasan pelancongan di dalam Taman Laut Tungku Abdul Rahman, aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan ialah aktiviti snorkeling, sea walking, scuba diving, berkelah dan santai-santai. Dengan airnya yang sangat jernih, anda akan merasakan ketenangan dan segala stress anda rasa dari rumah akan hilang!

Untuk pergi ke sini, anda hanya perlu pergi ke Jesselton Point yang terletak di bandar KK. Penginapan dan hotel pun banyak di kawasan ini jadi anda tidak perlu risau tentang penginapan semadi untuk membuat aktiviti ini!

image is not available
7 Aktiviti Menarik Sesuai Untuk Seisi Keluarga Bercuti di Kota Kinabalu Kredit: JomJalan

2. Lok Kawi Wildlife Park

Kira-kira 25KM luar bandar Kota Kinabalu, Lok Kawi Wildlife Park mempunyai pelbagai hidupan liar seperti orang utan, beruang matahari Malayan, gajah Borneo dan sebagainya. Sekiranya anda gemar memerhati haiwan dan hidupan liar, anda boleh berkunjung ke sini. Ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Botanical dan Zoological.

Diharapkan para pelawat boleh mempelajari serba sedikit tentang hidupan dan haiwan liar di sini serta mendidik generasi muda tentang informasi flora dan fauna di Borneo! Selain itu, para pelawat boleh melakukan aktiviti jungle trekking ketika di sini. Trail botanical yang disediakan sepanjang 1.5km.

Ini Adalah 7 Aktiviti Menarik Sesuai Untuk Seisi Keluarga Bercuti di Kota Kinabalu. Kredit: The Star

3. Monsopiad Cultural Village

Jika anda berminat untuk mempelajari dengan lebih dekat tentang budaya dan adat kaum-kaum etnik Sabah, anda boleh berkunjung ke Monsopiad Cultural Village yang terletak di Penampang. Ia lengkap dengan kemudahan asas pengunjung dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik.

Antara aktiviti yang ditawarkan adalah menyumpit, melihat tarian kebudayaan suku kaum Sabah, mempelajari cara hidup orang pendalaman, dan lain-lain lagi! Untuk tahu keterangan lanjut mengenai aktiviti-aktiviti disediakan, anda boleh mengambil guide untuk membantu menerangkan informasi mengenai aktiviti-aktiviti tersebut. Sekiranya anda berminat melakukan aktiviti yang santai, ini adalah destinasi yang anda sekeluarga boleh pergi!

image is not available
Pelbagai aktiviti menarik anda boleh cuba untuk mempelajari lebih dekat lagi tentang budaya dan adat orang Sabah. Kredit: Sabah Tourism

4. Pasar Malam KK (Pasar Malam Sinsuran)

Kota Kinabalu diberkati dengan persikataran yang kaya dengan sumber makanan laut dan anda boleh mendapatkannya dengan harga yang berpatutan. Penggemar makanan laut akan spoilt with choices sekiranya pergi ke sini!

Tempat ini akan hidup pada waktu malam dengan adanya pelbagai gerai yang menawarkan makanan seafood yang dibakar dan digoreng. Anda juga boleh cuba makanan popular seperti grilled chicken wing dan rumpai laut.

Makanlah dengan puas dengan adanya makanan laut seperti lobster, ketam dan udang yang dihidangkan dengan harga yang berpatutan! Lokasi Pasar Malam Sinsuran terletak di Sinsuran Kompleks.

image is not available
Pelbagai jenis makanan laut menanti anda! Kredit: Bukan Melukut Tepian Gantang

5. Signal Hill Observatory Form

Untuk menikmati permandangan Kota Kinabalu yang indah dari lokasi tinggi, anda boleh berkunjung ke Signal Hill Observatory Form. Selalunya meriah pada waktu lewat petang dan awal pagi, tempat ini menawarkan pemandangan panaroma bandar KK dan laut yang mantap.

Dicadangkan untuk pergi ke sini pada awal pagi atau petang untuk menikmati cuaca sejuk dan pemandangan yang menarik. Amaran kepada mereka yang gayat, dikatakan untuk menaik ke sini, anda dikehendaki untuk menaiki tangga sebanyak 298 anak tangga.

Jangan menjadikan ini sebagai halangan sebab lepas tu betul-betul berbaloi! Aaa… puas-puas lah ambik gambar sia!

image is not available
Pemandangan yang menarik dari Signal Hill Observatory Form. Kredit: Trip Advisor

6. North Borneo Railway By Sutera Harbour Resort

Berminat untuk merasai pengalaman menaiki keretapi steam seperti zaman dahulu, anda sekeluarga boleh mencuba menaikki klasik ini di sini! Keretapi tersebut bergerak dari Tanjung Aru di Kota Kinabalu menuju ke pekan kecil di Papar.

Dengan jarak kira-kira 38km, ia akan berhenti beberapa kali di beberapa kawasan perkampungan untuk recharge atau menaikkan kembali tekanan steam keretapi sebelum bergerak lagi.

Anda akan melihat pemandangan yang menarik seperti hutan dan perkampungan pada sepanjang jalan.

image is not available
Anda boleh menikmati pemandangan luar banda Kota Kinabalu dalam keretapi steam ini. Kredit: Kota Kinabalu Attractions

7. Gaya Street Sunday Market

Sekiranya anda berada di Kota Kinabalu pada hari Ahad, anda perlu berkunjung ke sini. Pasar hujung minggu ini menawarkan pelbagai jenis barangan produk tempatan yang sesuai sebagai cenderahati untuk anda sekeluarga atau untuk rakan-rakan anda.

Anda boleh menerokai pelbagai produk tempatan seperti makanan kering, produk hasil laut, baju, kraftangan seperti keychain dan barang kemas serta makanan tradisional Sabah.

Jadi, sebelum anda pulang dari Sabah, jangan lupa singgah ke sini untuk mencari cenderahati untuk diri sendiri atau untuk rakan-rakan anda!

image is not available
Pelbagai jenis barang anda boleh terokai di Gaya Street Market. Kredit: MYTRAVELLICIOUS

Begitu Banyak Yang Mahu Dilakukan, Tapi Begitu Sedikit Masa?

Sekiranya anda mahu membuat semua aktiviti di atas, pelan-pelan atur jadul ya? Komenkan pengalaman anda sekiranya anda sudah membuat salah satu aktiviti di atas (atau sudah buat semua!) dan jangan lupa share!

Kredit: Giphy

Baca juga artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/8-tempat-sabah-seakan-akan-di-luar-negara/

https://www.iloveborneo.my/puncak-dimie-camping-atas-awan-di-sabah/