“7 Bungkus Nasi Lemak Ayam RM8, Kalau Malaysia Tulang Ayam Je Dia Bagi” – Opai Anggap Harga Brunei Lagi Berbaloi Dari Malaysia

15 Feb 2023 • 12:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama sering kali menjadi bualan ramai, Aliff Awang atau mesra dikenali sebagai Opai sekali lagi menjadi perhatian selepas video dirinya serta isteri, Fatin Afeefa bercuti ke Brunei tular.

Melalui video tersebut, Opai sangat terkejut apabila harga untuk sebungkus nasi lemak bersama ayam hanyalah RM1.

Susulan itu, dia telah membeli sebanyak 7 bungkus nasi dan sempat berseloroh bahawa netizen perlu kahwin dengan orang Brunei kerana boleh berjimat.

Dalam pada masa yang sama, dia sempat berkata kepada isterinya mahu berpindah ke Brunei kerana harga-harga di sana sangat berpatutan.

Meninjau di ruangan komen, netizen mempunyai pandangan mereka tersendiri, di mana Opai tidak sepatutnya membandingkan harga di Malaysia dan Brunei kerana mata wang yang sangat berbeza.

image is not available

image is not available

Sehingga artikel ini di tulis, tweet tersebut telah meraih perhatian yang hebat dimana sebanyak 1.3 juta tontonan dan lebih dari 1000 tanda suka diterima daripada pengguna platform tersebut.

image is not available 2 minggu lalu

"Maintenance Eh?" - Fatin Afeefa Terima Nafkah 5 Angka, Opai Kata Perkahwinan Itu Bisnes