
Kota Kinabalu: Tujuh pemenang pilihan raya parlimen PRU15 dari Sabah adalah antara 27 Timbalan Menteri yang dilantik menganggotai pelbagai portfolio dalam Kerajaan Perpaduan pentadbiran pimpinan Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat.
Mereka ialah dua daripada Barisan Nasional Sabah dan masing-masing seorang daripada Warisan, PBRS, DAP, Bersatu dan Pakatan.
Timbalan-Timbalan menteri dari Sabah ialah Ahli Parlimen Barisan Nasional Sabah Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching (Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi); Ahli Parlimen Warisan Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi; Ahli Parlimen BN Sabah Kimanis Datuk Mohamad bin Alamin (Timbalan Menteri Luar) dan Timbalan Presiden PBRS merangkap Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Kurup (Timbalan Menteri Sains dan Teknologi).

