7-Eleven Malaysia Kini Menawarkan Perkhidmatan Cetak Dokumen 24/7

LocalDigital
24 Mar 2026 • 12:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

7-Eleven Malaysia kini dilihat telah menambah sebuah perkhidmatan baharu, membolehkan orang ramai untuk mencetak dokumen dengan mudah melalui kedai serbaneka berkenaan. 7-Eleven menyatakan perkhidmatan ini ditawarkan 24 jam, membolehkan pengguna mencetak dokumen pada bila-bila masa diperlukan.

image is not available

Buat masa ini, jumlah cawangan kedai serbaneka 7-Eleven yang menyediakan perkhidmatan ini tidak dinyatakan. Untuk menggunakannya, pengguna perlu memuat-naik dokumen pada laman sehenti 7-Eleven Print, dan seterusnya sebuah kod QR akan dijana untuk anda bawa dan cetak dokumen berkenaan di cawangan kedai serbaneka berkenaan.

7-Eleven Malaysia mengehadkan untuk mencetak 25 helaian pada satu transaksi. Caj sebanyak RM1 dikenakan untuk percetakkan bawah 3 helai, dan setiap helaian tambahan dikenakan caj 30 sen setiap helai. 7-Eleven turut menyatakan akan memadam dokumen yang telah dicetak serta-merta selepas urusan cetakkan selesai.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman 7-Eleven Print hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved