
Membabitkan pelbagai pihak penguat kuasa termasuk 2,000 anggota JPJ di seluruh negara.
7 Kesalahan Jalan Raya Ini Tidak Boleh Dikompaun Sepanjang Perayaan CNY – Anthony Loke. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenaraikan tujuh kesalahan utama lalu lintas sempena Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023 yang tidak dibenarkan kompaun.
Tujuh jenis kesalahan lalu lintas tidak akan dikompaun sepanjang tempoh perayaan CNY, kata Kementerian Pengangkutan. Sebaliknya, pesalah akan dirujuk ke mahkamah, tambah Menteri Anthony Loke.

Guna telefon bimbit semasa memandu juga merupakan satu kesalahan jalan raya
Kesalahan itu membabitkan memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.
Tambah beliau juga, seramai 2,000 pegawai JPJ akan ditempatkan dalam tempoh ini, malah pegawai ini juga boleh menaiki bas ekspres dengan menyamar sebagai penumpang. Manakala, kenderaan muatan akan dilarang dari menggunakan jalan raya dua hari sebelum CNY bagi mengelak kemalangan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Mula berkuatkuasa pada 18 Januari sehingga 27 Januari 2023
Menurutnya, larangan ini bertujuan mengelakkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran aliran trafik antara kenderaan berat dengan yang ringan di atas jalan raya dan lebuh raya, selain mengelak kesesakan lalu lintas.
Manakala Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata bahawa had laju di jalan persekutuan dan negeri dan juga seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10km sejam bakal mula berkuatkuasa pada hari ini, 18 Januari 2023 sehingga 27 Januari 2023.
Pengurangan itu akan menjadikan had laju 80kph di jalan persekutuan dan 70kph di jalan negeri.
Alexander Nanta Linggi

